Jumaat

Sejarah Sabah Dan Daerah Kota Marudu

Sejarah Sabah
Daerah Teluk Marudu pusat Tamadun




Penduduk orang asal sejarah daerah Kota Marudu ketika itu  adalah kaum dusun khususnya dusun ini dikatakan punya kerajaan kuno seperti letud,tagas, Kimaragang, rungus, Talantang,tinagas, melingkabau dan Tobilung , sungai ,bajau-sama, suluk .Kaum kaum ini pernah menjalingkan hubungan dengan bangsa luar.
selama 70,000  tahun yang lalu di kepulauan borneo.


Daerah Kota Marudu Dan Daerah Kudat




Berdasarkan catatan di negara China, pada abad ke 7 hingga abad  ke 8 Borneo dirujuk sebagai Po-li, Po-lo atau Pu-ni atau bun- lai dan aktiviti perdagangan kuno telah pun berlangsung antara kerajaan pulau borneo dan kerajaan China. Ini juga dibuktikan dengan penemuan artifak dan kapal dagang China Zaman Dinasti Song pada tahun 960 hingga tahun 1126 Masehi di Sampang Mangayau, Kudat,sabah.Malaysia


Peta Zaman Dinasti Song kerajaan China



 Sampang Mangayau masih terletak dalam kawasan perairan Teluk Marudu atau Marudo dan sebahagian daripada wilayah Marudu. 

Berdasarkan catatan sejarah pedagang dari negeri bangsa Arab dan negeri bangsa India yang telah buat persinggahan ke kepulauan Borneo dan menjalinkan aktiviti perdagangan barang dan dengan kekayaan Pulau Borneo ketika itu, pedagang-pedagang ini seringkali menceritakan kepada pedagang-pedagang dari negeri China bahawa di Pulau Borneo itu terdapat sebuah gunung yang terletak di bawah angin dan ketinggiannya mencecah awan gunung itu,kemungkinan gunung kinabalu yang disebutkan sekarang itu adalah gunung kinabalu. Pelabuhannya dalam dan hasil pedagangan utamanya ialah pokok kapur barus. 


Bangsa Arab





Pedagang-pedagang kaum negeri Arab, kaum negeri China dan kaum negeri India sangat mengikhtiraf dan mengakui bahawa Kapur Barus berasal dari kepulauan Borneo itu adalah Kapur Barus yang terbaik di dunia. Aktiviti perdagangan antarabangsa ini berlaku antara kerajaan tua pulau Borneo pada abad ke 9 masehi melalui pelabuhan di kawasan kota Marudu melalui bukti adanya artifak kuno seperti tembikar, peralatan tembaga dan kapal kuno tenggelam di dasar laut ditemui di kawasan perairan Sampang Mangayau, Kudat dan penemuan taburan duit siling Zaman Dinasti Ming dan tembikar di Muara Sungai Milau, Kampung Parapat Laut yang terletak di kawasan Teluk Marudu. Serpihan pinggan mangkuk kerajaan China dari Dinasti Ming juga ditemui di kawasan perkampungan Shariff Osman berbangsa bajau itu seperti di Kampung Marudu Laut dan Kampung Ranau, Kota Marudu. 


Sejarah Bangsa Portugis

Geogra IMF

Arkeologi A

Arkeologi B

Arkeologi C

Arkeologi D

Arkeologi F Dasar lautan Kudat,Sabah,Malaysia




ketiga-tiga kawasan ini terletak dalam lingkungan kawasan perairan Marudu dan artifak-artifak yang ditemui ini berumur di antara 1000 tahun yang silam. 

Ini membuktikan bahawa kawasan Marudu telahpun menjadi pelabuhan perdagangan antarabangsa zaman kuno yang terpenting di kepulauan Borneo sejak 1000 tahun  yang lalu silam. Pada tahun 1550, pedagang-pedagang telah datang seperti Portugis  direkodkan telah singgah di sebuah pelabuhan di kepulauan Borneo yang dikenali sebagai nama pelabuhan “marudo”.

Nama marudo dicatatkan oleh seorang Ahli Sejarah Portugis fernao lopes de castanheda pada tahun 1550 sebagai sebuah pelabuhan asas yang digunakan oleh orang-orangnya.Fernao lopes de castaneda juga merekodkan nama marudo dalam Peta Pelayaran Portugis dan melukiskan adanya penempatan atau kota  di pelabuhan kota Marudo.Nama Marudu atau Marudu mula dipetakan oleh seorang ahli pelayaran Belanda pada tahun 1595 yang belayar dari negeri Brunei melalui Marudu.
Bangsa Belanda

Bangsa Bajau-Sama Sharif Osman



Sejarah tamadun Kota Marudu



Penulisan Asal England profesor 
Sejarawan Dan Genetika Experimen DNA
Science 






itulah beberapa sejarah negara sabah kami catatkan dan khususnya negeri kota marudu pada zaman dahulu kala sebelum kedatangan penjajah meluaskan jajahan ke pulau borneo .Sebab itulah Sabah itu dulu-nya adalah sebuah negara bukan sebuah negeri yang ada pada hari ini.


Catatan/arkeologi/tamadun/Bangsa/Sabahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Sejarah Sabah Dan Daerah Kota Marudu

Sejarah Sabah Daerah Teluk Marudu pusat Tamadun Penduduk orang asal sejarah daerah Kota Marudu ketika itu  adalah kaum dusun khususnya dusun...