Suara Allah : Peka Akan Suara - Nya
Sejarah Kristian
siapakah paulus? paulus adalah seorang lelaki muda belum berkahwin dan manusia yang kejam menindas umat kristian pada waktu itu, pada mula-nya dia seorang pembunuh memburu umat kristian pengikut yesus kristus kerana pada waktu itu pengikut yesus kristus menyebarkan injil kerajaan allah tentang keselamatan semua bangsa dan pertobatan melalui yesus kristus mesias berasal daripada kuasa dan pemerintahan kerajaan syurga.paulus bertobat kerana dia melihat yesus kristus hingga buta mata tidak dapat melihat selama tiga hari kerana melihat cahaya terang yesus kristus
Sila baca kisah Para Rasul bab ke - 16
Allah Campur Tangan hal manusia
paulus dan rakan-rakan-nya pergi dari kota ke kota untuk menginjil.Bilangan-nya semakin bertambah.Ketika Mereka sampai di wilayah Roma yang di Asia , di mana terletaknya ke tujuh buah gereja yang di catat dalam kitab wahyu , Roh Allah Menghalang mereka memberitakan Friman Allah , dan tidak membenarkan mereka masuk di beberapa kawasan tertentu.Oleh yang demikian , Mereka pergi ke bahagian Barat.
Sepanjang perjalanan mereka , paulus dan rakan-rakan-nya sangat peka kepada pimpinan Roh kudus . Roh kudus memimpin mereka ke tampat yang tepat dan kadang-kadang melakukan tindakan tertentu.Hanya allah yang tahu tempat-tempat dan orang-orang yang sudah siap menerima injil tentang yesus kristus.
Allah berbicara kepada umat-nya dengan pelbagai cara, dan ini sangat penting untuk kita supaya belajar mengenal suara-Nya dan sentiasa peka , kerana dia selalu memimpin kita.Apakah peranan suara allah ketika anda membuat keputusan?Pada zaman dahulu kala Allah selalu berbicara pelbagai cara kepada nenek moyang manusia melalui malaikat.
Suara Allah : Jelas dan muktamad
Baca Matius 2 : 12 - 23
Siapakah yusuf? yusuf adalah seorang lelaki bujang dan taat dengan agama yahudi dan beliau telah bertunang dengan maria dan maria ini seorang gadis yang suci taat dengan agama yahudi dan hukum taurat nabi musa , dan yusuf terpaksa menerima maria sebagai isteri-nya pada waktu itu maria mengandung oleh roh kudus dan yusuf percaya allah memperingatkan yusuf bahawa anak dalam kandung maria itu adalah penyelamat hidup akhir manusia memperkuatkan lagi hubungan antara manusia dan Tuhan kerana manusia itu jauh dengan kemuliaan Allah telah menyembah Allah lain yang bisu tidak membantu, sejak adam dan hawa jatuh dalam dosa kerana godaan iblis untuk mengtahui rahsia fikiran Tuhan tahu tentang yang baik dan jahat.
yusuf bingung.Dia telah diperingatkan bahawa anaknya yang baru lahir , iaitu yesus, berada dalam bahaya . Raja Herodes kemudian-Nya sedar bahawa dia sudah ditipu oleh ahli - ahli pengkaji bintang dari timur , dan dia melepaskan murka-Nya dengan memerintah supaya membunuh semua anak lelaki yang di bethlehem .Dan Yusuf telah membawa keluarga-Nya pergi ke Mesir.
Setelah beberapa Tahun , Allah berbicara kepada yusuf lagi - Raja Herodes sudah mangkat, dan sudah selamat untuk-Nya kembali ke Negeri israel.Namun dalam mimpi seterusnya , Allah mengarah Yusuf untuk tidak pergi ke negeri yudea , sebaliknya mereka pergi ke kota Nasaret.
Yusuf dalam perjanjian lama juga sering mendengar dari Allah melalui mimpi - di mana dia telah menerima arahan yang jelas tentang apa yang perlu dia lakukan.Apapun cara Allah memilih untuk menyampaikan perintah-Nya kepada kita, sama ada itu melalui mimpi , suara allah itu di sertai dengan kemampuan kuasa-Nya atas kita untuk menilai dan memahami perintah-Nya.Allah tidak pernah menyampaikan sesuatu untuk mengelirukan kita tetapi sebaliknya memberinya dengan jelas kepada kita.Cerita yusuf adalah contoh bagaimana allah hendak berbicara kepada kita ketika menghadapi keadaan yang membingungkan dan memberi kita teguran , nasihat,bimbingan dan halatuju yang jelas.Dia juga boleh memilih pelbagai cara untuk berkomunikasi dengan kita jika kita peka dan dapat mengenal suara-Nya.
Situasi apakah yang perlu dijelaskan dalam kehidupan anda pada saat ini? serahkan kepada TUHAH HIDUP ANDA.Amenn
pengarang blog mengenai sejarah kristian
kristian dusun sabah
Http://thesabahonline.blogspot.com
http://kitasabahanbhini.blogspot.com
http://kitasabahanbh.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.